Oil, Gas & Marine Academy

PANDUAN KEMASUKAN

PANDUAN KEMASUKAN KE NIATS OIL, GAS & MARINE ACADEMY

KOD PROGRAM: MC-024-3:2012-TAHAP 3

 

SYARAT KEMASUKAN:

  • Pemohon mestilah berumur 15 tahun hingga 28 tahun.
  • Pemohon mestilah mempunyai latar belakang pendidikan formal di sekolah bantuan kerajaan.
  • Pemohon mestilah sihat tubuh badan tanpa kecacatan kekal.
  • Pemohon mestilah berminat dalam bidang kemahiran.

 

CARA MEMOHON:

  • Permohonan kemasukan ke NIATS boleh didaftar secara online atau mengambil borang permohonan daripada pejabat NIATS.
  • Isikan butiran-butiran yang diperlukan dengan lengkap.
  • Borang yang diambil secara terus daripada pejabat NiATS hendaklah diserahkan semula untuk tujuan pendaftaran.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

(PELATIH)

  • 3 Salinan kad pengenalan pelatih yang disahkan
  • 3 Salinan sijil lahir pelatih yang disahkan
  • 3 Salinan sijil berhenti sekolah yang disahkan (wajib ada bagi yang berumur 17 tahun dan kebawah. Jika tiada perlu dapatkan di sekolah)
  • 3 Salinan kad pengenalan ibu dan ayah pelatih yang disahkan
  • 3 Salinan slip gaji terkini ibu dan ayah pelatih yang disahkan (jika tiada, perlu isi borang pengesahan pendapatan - borang pengesahan pendapatan boleh didapatkan di kolej). Jika tidak bekerja, boleh abaikan dokumen ini.
  • 4 Keping gambar berukuran passport
  • Perlu buka akaun CIMB Bank Konvensional untuk pelatih (perlu bawa surat tawaran bersama. Bagi pelatih yang berumur 17 tahun dan kebawah, perlu hadir Bersama ibu/bapa ketika membuka akaun dan bawa sijil lahir yang asal)

(PENJAMIN)

  • Untuk penjamin (ibu/bapa yang berumur 60tahun kebawah atau adik-beradik/saudara-mara yang berumur 21tahun - 51tahun)
  • 3 Salinan kad pengenalan penjamin yang disahkan
  • 3 Salinan slip gaji terkini penjamin
  • 3 Salinan bil elektrik atau bil astro atau bil air terkini yang disahkan

**Dokumen yang perlu disahkan boleh dapatkan pengesahan daripada Penghulu/Ketua Kampung/Pegawai kerajaan gred 41 keatas.

 

 

 

PRogram - program

AKEDEMI YANG MELATIH & MELAHIRKAN JURUKIMPAL MAHIR

Program

  • Senarai Program
  • Panduan Kemasukan
  • Permohonan Online
  • Q & A

Copyright © NIATS 2017. All rights reserved.

Follow Us @

Jabatan Pembangunan Kemahiran